Saturday, August 29, 2009

ehaksssss....



0 comments Published by fatin on Monday, May 18, 2009 at 11:08 PM

Daripada Anas r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa perkhawinan adalah sunnahku, sesiapa yg benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. ALLAH S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yg ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya dgn cara halal. Fitrah tersebut dpt dilaksanakan melalui ikatan perkhawinan yg sah

2 manusia yg merasa saling mempunyai jodoh pasti merasa ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dgn menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? So, semak senarai di bawah utk pastikan adakah si dia soulmate anda atau tidak….

1.Saling memahami dan bekerjasama dlm segala hal merupakan salah satu rahsia pasangan kekasih mempunyai hbgn yg baik dan panjang. Kamu dan dia selalu membantu tak kira dlm perkara kecik atau besar. semua terasa mudah walaupun tanpa melibatkan org lain.

2.criteria kedua, kemampuan bersikap bersahaja di depan anda. cuba perhatikan skrg, adakah gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara bercakap serta ketawanya dapatkah menambat hati anda?? Adakah setiap ucapannya nmpk spontan dan tidak dibuat-buat. Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda..

3.ada kalanya deria batin mbuatkan hati anda saling mengetahui antara satu sama lain. dan bila anda dan dia dpt mengagak dan mbace fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Jika ya! sebenarnya dialah destini kebahgiaan anda.

4.ketika bersamanya, perasaan anda sentiasa tenang, selesa dan tidak tertekan. Berjam-jam bersamnya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda bosan. Inilah petanda bahawa anda ber2 kelak akan saling terikat.

5.dia sentiasa berada di sisikamu dlm situasi apapun dan selalu mamahami hati dan perasaan anda tidak kira dlm suka atau duka. Psgn yg ade jodoh pasti tak takut mangalami pasang-surut, suka-duka saat bersama.

6.dia tak peduli dgn mase lalu keluarga anda, dia tak peduli dgn mase lalu anda ketika bsama kekasih terdahulu. dia juga tak malu menceritakan mase lalunye. Ini bererti dia sudah bersedia menerima anda seadanya.
Rasulullah sering bertanya, “Apakah anda redha dgn psgn ini? Kita berkahwin dgn manusia yg mpunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. tidak ada manusia yg sempurna adan bila REDHA dgn psgn bmakna kita redha dgn KEKURANGAN mereka..

mampukah aKu....




Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Pantun mari sembahyang.....yg sunnguh manja!

Sapa tah yang bagi… kreatif sungguh…



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Rahsia Wuduk...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:

• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Fakta menarik mengenai mimpi....

Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya:

Orang buta pun bermimpi
Mereka yang di lahirkan buta bermimpi, bezanya cuma mereka tidak melihat gambaran, cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.

90% manusia lupa mengenai mimpi mereka
Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah salah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke minda sedar.

Semua manusia bermimpi
Boleh di katakan setiap manusia bermimpi kecuali mereka yang mengalami masalah psikologi dan wanita dan lelaki mengalami mimpi yg berbeza.

Kita hanya mimpi mengenai apa yang di ketahui dan alami

Mimpi adalah simbolik
Pesanan yang di sampaikan di dalam mimpi adalah berbentuk simbolik. Maksudnya maklumat yang hendak di sampaikan biasanya perlu di tafsirkan.

Mimpi hitam putih
Kajian menunjukkan 12% mimpi yang di alami manusia adalah dalam hitam putih dan selebihnya dalam warna.

Faktor luaran mempengaruhi mimpi

Jika anda tidur berdengkur anda tidak bermimpi

kesimpulannya secara peribadi saya berpendapat, melalui mimpi adalah cara minda bawah sedar komunikasi dengan minda sedar, akan tetapi sayangnya ramai yang tidak mengingati mimpi. mengingati mimpi juga adalah satu teknik terbaik untuk out of body experience (OOBE). Dan ia juga dapat menguatkan hubungan antara minda sedar dan minda separa sedar.

Thursday, August 27, 2009

Solat subuh d masjid

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid, ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI, berjalan menuju masjid .
Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda…” Pemuda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid, pemuda itu bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi dan lagi, jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa kamu menolak untuk masuk dan sholat. lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (syaitan)
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Syaitan itu kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya KHUWATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai ke masjid dengan selamat…

Jadi, jangan biarkan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut

Wednesday, August 26, 2009

KenaNg DaKu daLam DOa Mu

0 comments Published by fatin on Tuesday, December 9, 2008 at 9:29 PM

Kali pertama..saat ego ku ranap dalam redup kasihmu! Arghh!! patutkah aku bermimpi lagi kekasih....sedang engkau dimana?

kini aku hanya sendirian menghitung bahagia yang pernah kau lafazkan....membariskan tiap puisi yang pernah tercipta...bersyair dalam lagu yang perit untuk ku tatap diseluruh alamku yang bernama kesepian....

aduhaiii...
kiranya hujan turun lagi..dan tempiasnya hinggap ke pipimu...anggaplah itu utusan rinduku..rindu yang pernah kau bohongkan..rindu yang kau omongkan dalam gelita malamku...
hmm...masihkah kau ingat...suaraku yang akan menganggu setiap mimpimu di subuh hari...lalu ku katakan....shahdunya azan ini memanggil..sayu meresap kejiwa....hehehe! akhirnya kau akur yang terbaik itu sebenarnya tak indah...aduhaii khalifahku!!

ehemm...dan setiap kali kau keliru dalam hubungan yang ku namakan "suami dan istri".....tidak kah kau tahu...pada pengertian hubungan itu...mengapa kau bukan kekasihku..mengapa ada batas yang tercipta antara hubungan kita berdua....tidakah kau merasa..atau sengaja kau enggan mengerti betapa telus dan suci hubungan suami istri...tiada rahsia dalam rahsia. Satu pengorbanan dua jiwa menuju destinasi bahagia....

Sayangnya kau khianati aku...kesetiaan yang punah dalam harapan yang musnah.....katamu..aku yang bersalah...buat kau rasa tersisih, enggan mengerti naluri seorang lelaki...Apa mahu mu duhai lelakiku...sedang dulu kita sama setuju...bersatu dalam lafaz hijab maha keramat...kita akan memalingkan tiap rindu yang datang tuk buktikan kita generasi yang tak kalah dalam dunia globalisasi....

Kiranya baru kau sedar...langkahmu tempang..andai kau tahu bercinta kadang tak tak indah....namun kau telah melangkah jauh...walau aku masih disini...walau aku masih menangis tapi aku tidak berharap kerana aku bukan takdirmu.....

Usah kau datang dengan seribu sesal...simpan airmatamu untuk suatu hari yang indah...dan doaku tetap untukmu disetiap solatku.....