Ku semadikan cinta ini
di sebalik kabus pagi
yang dingin menusuk kalbu
dan ku cari kesegaran embun
untuk ku hidupkan semula jiwa ku
yang hampir mati
kerana aku tidak mahu
ia terkubur sepi
lalu menyesali perjalanan
hidup ku yang ku persiakan
di pentas percintaan
yang tiada penghujungnya.
Ku coretkan juga sebuah kenangan
di mentari senja
yang mengizinkan malam bertamu
menutup cerita disiang hari.
Pasti,
ku teruskan jua coretan ini
buat menjadi nisan
pada cinta yang telah ku semadikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment