Saturday, August 29, 2009

ehaksssss....



0 comments Published by fatin on Monday, May 18, 2009 at 11:08 PM

Daripada Anas r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa perkhawinan adalah sunnahku, sesiapa yg benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. ALLAH S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yg ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya dgn cara halal. Fitrah tersebut dpt dilaksanakan melalui ikatan perkhawinan yg sah

2 manusia yg merasa saling mempunyai jodoh pasti merasa ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dgn menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? So, semak senarai di bawah utk pastikan adakah si dia soulmate anda atau tidak….

1.Saling memahami dan bekerjasama dlm segala hal merupakan salah satu rahsia pasangan kekasih mempunyai hbgn yg baik dan panjang. Kamu dan dia selalu membantu tak kira dlm perkara kecik atau besar. semua terasa mudah walaupun tanpa melibatkan org lain.

2.criteria kedua, kemampuan bersikap bersahaja di depan anda. cuba perhatikan skrg, adakah gerak-gerinya, cara berpakaian, gaya rambut, cara bercakap serta ketawanya dapatkah menambat hati anda?? Adakah setiap ucapannya nmpk spontan dan tidak dibuat-buat. Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh anda..

3.ada kalanya deria batin mbuatkan hati anda saling mengetahui antara satu sama lain. dan bila anda dan dia dpt mengagak dan mbace fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lain pada situasi tertentu. Jika ya! sebenarnya dialah destini kebahgiaan anda.

4.ketika bersamanya, perasaan anda sentiasa tenang, selesa dan tidak tertekan. Berjam-jam bersamnya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat anda bosan. Inilah petanda bahawa anda ber2 kelak akan saling terikat.

5.dia sentiasa berada di sisikamu dlm situasi apapun dan selalu mamahami hati dan perasaan anda tidak kira dlm suka atau duka. Psgn yg ade jodoh pasti tak takut mangalami pasang-surut, suka-duka saat bersama.

6.dia tak peduli dgn mase lalu keluarga anda, dia tak peduli dgn mase lalu anda ketika bsama kekasih terdahulu. dia juga tak malu menceritakan mase lalunye. Ini bererti dia sudah bersedia menerima anda seadanya.
Rasulullah sering bertanya, “Apakah anda redha dgn psgn ini? Kita berkahwin dgn manusia yg mpunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. tidak ada manusia yg sempurna adan bila REDHA dgn psgn bmakna kita redha dgn KEKURANGAN mereka..

mampukah aKu....




Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih AllahSusah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....
Tabah jiwaku Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...

Pantun mari sembahyang.....yg sunnguh manja!

Sapa tah yang bagi… kreatif sungguh…



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang…


Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Rahsia Wuduk...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.” Isam bertanya, “Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? ” Hatim berkata,”Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air”.

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
• Bertaubat
• Menyesali dosa yang telah dilakukan
• Tidak tergila-gilakan dunia
• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya’)
• Tinggalkan sifat berbangga
• Tinggalkan sifat khianat dan menipu
• Meninggalkan sifat dengki.”

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan”:

• aku sedang berhadapan dengan Allah,
• Syurga di sebelah kananku,
• Neraka di sebelah kiriku,
• Malaikat Maut berada di belakangku, dan
• aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Siratal mustaqim’ dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Fakta menarik mengenai mimpi....

Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya:

Orang buta pun bermimpi
Mereka yang di lahirkan buta bermimpi, bezanya cuma mereka tidak melihat gambaran, cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.

90% manusia lupa mengenai mimpi mereka
Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah salah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke minda sedar.

Semua manusia bermimpi
Boleh di katakan setiap manusia bermimpi kecuali mereka yang mengalami masalah psikologi dan wanita dan lelaki mengalami mimpi yg berbeza.

Kita hanya mimpi mengenai apa yang di ketahui dan alami

Mimpi adalah simbolik
Pesanan yang di sampaikan di dalam mimpi adalah berbentuk simbolik. Maksudnya maklumat yang hendak di sampaikan biasanya perlu di tafsirkan.

Mimpi hitam putih
Kajian menunjukkan 12% mimpi yang di alami manusia adalah dalam hitam putih dan selebihnya dalam warna.

Faktor luaran mempengaruhi mimpi

Jika anda tidur berdengkur anda tidak bermimpi

kesimpulannya secara peribadi saya berpendapat, melalui mimpi adalah cara minda bawah sedar komunikasi dengan minda sedar, akan tetapi sayangnya ramai yang tidak mengingati mimpi. mengingati mimpi juga adalah satu teknik terbaik untuk out of body experience (OOBE). Dan ia juga dapat menguatkan hubungan antara minda sedar dan minda separa sedar.

Thursday, August 27, 2009

Solat subuh d masjid

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid, ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI, berjalan menuju masjid .
Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab “Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda…” Pemuda itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid, pemuda itu bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan lagi dan lagi, jawapannya sama. Pemuda itu bertanya, kenapa kamu menolak untuk masuk dan sholat. lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (syaitan)
Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. Syaitan itu kemudian menjelaskan, ‘Saya melihat kamu berjalan ke masjid, dan sayalah yang membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Karana hal itu, Allah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya KHUWATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai ke masjid dengan selamat…

Jadi, jangan biarkan syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut

Wednesday, August 26, 2009

KenaNg DaKu daLam DOa Mu

0 comments Published by fatin on Tuesday, December 9, 2008 at 9:29 PM

Kali pertama..saat ego ku ranap dalam redup kasihmu! Arghh!! patutkah aku bermimpi lagi kekasih....sedang engkau dimana?

kini aku hanya sendirian menghitung bahagia yang pernah kau lafazkan....membariskan tiap puisi yang pernah tercipta...bersyair dalam lagu yang perit untuk ku tatap diseluruh alamku yang bernama kesepian....

aduhaiii...
kiranya hujan turun lagi..dan tempiasnya hinggap ke pipimu...anggaplah itu utusan rinduku..rindu yang pernah kau bohongkan..rindu yang kau omongkan dalam gelita malamku...
hmm...masihkah kau ingat...suaraku yang akan menganggu setiap mimpimu di subuh hari...lalu ku katakan....shahdunya azan ini memanggil..sayu meresap kejiwa....hehehe! akhirnya kau akur yang terbaik itu sebenarnya tak indah...aduhaii khalifahku!!

ehemm...dan setiap kali kau keliru dalam hubungan yang ku namakan "suami dan istri".....tidak kah kau tahu...pada pengertian hubungan itu...mengapa kau bukan kekasihku..mengapa ada batas yang tercipta antara hubungan kita berdua....tidakah kau merasa..atau sengaja kau enggan mengerti betapa telus dan suci hubungan suami istri...tiada rahsia dalam rahsia. Satu pengorbanan dua jiwa menuju destinasi bahagia....

Sayangnya kau khianati aku...kesetiaan yang punah dalam harapan yang musnah.....katamu..aku yang bersalah...buat kau rasa tersisih, enggan mengerti naluri seorang lelaki...Apa mahu mu duhai lelakiku...sedang dulu kita sama setuju...bersatu dalam lafaz hijab maha keramat...kita akan memalingkan tiap rindu yang datang tuk buktikan kita generasi yang tak kalah dalam dunia globalisasi....

Kiranya baru kau sedar...langkahmu tempang..andai kau tahu bercinta kadang tak tak indah....namun kau telah melangkah jauh...walau aku masih disini...walau aku masih menangis tapi aku tidak berharap kerana aku bukan takdirmu.....

Usah kau datang dengan seribu sesal...simpan airmatamu untuk suatu hari yang indah...dan doaku tetap untukmu disetiap solatku.....

CinTa hAmpa..

Ku ditinggal senja
malam menghampiri
sendiri ku dalam menanti
segera oh angin
sampaikan rinduku

terlupakah kau pada janjimu....
ketika bersama rindu bergelora
perpisahan menikam jiwa
kau pandai mengusik kau pandai mengoda
kini aku kau tinggalkan
begitu saja

apakah ertinya ucapan manismu
kau merindui ku
mungkin hanya aku yang membiarkanmu
menipu diriku

biar luka menyiksa jiwa
biar kasih tak kunjung tiba
kerna pada hakikatnya
diriku kau persenda

aku hanya insan biasa
lemah pada rayuan manja
terlena dibuai mesra
pada cinta yang hampa...
di malam yang sunyi
sepi menyendiri

ku hulur dan menyusun jari
ku pohon kau ubatikanlah rinduku
bayang kasih dalam mimpi
kumenikam kalbu

biar kasih menyiksa jiwa
biarku yang mengemis cinta
kerna sejak dari mula
diriku yang tergoda

aku hanya insan biasa
lemah pada rayuan jiwa
terlena diusik mesra
pada cinta yang HAMPA..

Aku hAri inI....

Aku indah hari ini...
aku seperti awal datang hidayah..
ingin selamanya melihat aku begini
detik detik ingin tak terlepaskan....

Tapi itu hanya sekejap..
hanya tuk meyakinkan makhluk sekitarku..
aku memang belum mengerti..
keindahan hari hariku...
hari hari menikmati mentari...

Cahayanya membuatku terlena..
rasa terbang meninggalkan keindahan awal...
teganya aku kembali...
waktu memang tak bisa mengatur..
ia kecewa dengan kejahilanku....
mengharap aku malu pada keadaaanku..
jika aku bisa sadar...
tapi rasa sia sia..

sepanjang perjalanan aku tetap begitu..
tertinggal jauh dengan alasanku...
tak pernah ada persimpangan yang jelas....
berlari lari dengan kenyataan..
itulah darahku yang sempurna sekarang...
aku tertawa dalam tangisan..
hanya itu kemampuanku..

akankah jelas bagiku jalan...
terlepas dari pelukan selimut..
yang memanjakanku dengan siratan indah....
Tidak...! Aku masih tertidur....
Posted by fatin

DeMi satu WakTu

0 comments Published by fatin on at 1:10 AM

Demi satu waktu..
beri aku ribuan mawar
demi satu kasih...
beri aku ribuan cinta....

Jika diam ini buat sendu
mengapa tidak kau berteriak
jika serumu tersedak dalam geram
mengapa tidak kau marahi aku

Tak bisakah kau berujar dengan ribuan kata
biar ku tunggu kau buat buku hinaan untuk ku
aku tak ingin kau terdiam membisu

Tatapanmu masih ada cinta
tapi ada amarah memerah disana
satu kisah yang salah

haruskah sedingin ini dirimu...?
adakah ada untaian kata di otakmu
yang ingin cOba kau urai..

kerena aku ingin menari
dibawah sinar bintang malam ini...
bersamamu...tanpa..diam
...tanpa..amarah..

ehemmm..

Entah mengapa hari ini aku begitu sayu...melihat dijalan..tersendiri aku, jauh dari dunia reality kosmopolitan...hehehe! tiada usikkan bagai selalu...tiada mata memandang...pun tidak ku dengar siulan nakal itu....Apakah kau telah jemu menanti??? satu persoalan yang tidak pernah ada jawapan....

hai!!! kawanku...pandanglah kemataku, jangan ada rasa jemu...jangan ada terbit kebencian...nurani ku hanya untuk yang bisa mengerti...yang bisa ketahui tentang qadak dan qadarku....Engkau ku lihat tinggi bintang di langit... aku persis kaca yang retak seribu....diam dan bisuku bertafakur...........mencari diriku yang kian hilang...

Sesekali ku ingin menjadi bayu yang lembut menyapa...menjadi burung yang bebas diangkasa....menjadi seperti ombak...bisa datang dan pergi.....namun yang pasti ingin ku lestarikan impianku padamu kekasih...selagi ada getar dijiwaku....selagi masih ada sinaran mentari!!

Walau kalut menggulung hitam batinku...walau aku masih terhenyak dalam rindu yang tak sudah...ku harapkan dia menyeruakkan cinta yang sama...agar aku tidak terpaku dalam hening malam tanpanya...selagi mentari terus mengisi hari..biar dingin hujan menghiasi bulan..biar deru bintang menyertai tahun tahunku....

aku akan tetap menanti....Mungkinkah aku akan menatap wajahmu, tersenyum dalam kehangatan dan seperti selalu akan ku tatapmu dengan sejuta kelembutan tapi akankah engkau datang????Ku rindu setiap senyummu, ku impikan tawamu dan kubayangkan wajahmu....walau suaramu kini tetap terngiang dalam memoriku....Ahhhh!!!!!!...waktu mengapa tak menghempas pergi...jarak mengapa begitu jauh hingga ku tak dapat menggapaimu...hingga ku tetap berdiri menatap langit....sendiri!!!!
Posted by fatin

MaAfkan....

0 comments Published by fatin on Monday, January 5, 2009 at 1:47 AM
MaAf.....
kadang terdengar begitu biasa
dan sederhana
MaAf...
bila terucap dengan hati yang tulus
membawa
seribu makna..
MaAf...
laksana rasa yang
mampu menepis segala dosa...
Dengan segala kerendahan haTi.....
ku mohon kau maafkan aku
kembali padakU.....

shuhAda

shuhAda
0 comments Published by fatin on Friday, January 23, 2009 at 6:28 PM
Kepada pejuang palestina
ku puja engkau wahai cahaya abadi..
bukan karena aku takut siksa atasku,
namun aku tak ingin ada cahaya lain yang membutakanku.....
Engkau tempat seluruh rinduku
berlabuh menghantar baitbait syahadat
pada puncak magfirahMu
Kerlip lilin dala gua kesadaranku
senantiasa menyala,
bersama tetesair mata dzikir yang tak henti
dari bening bola mata para bidadari
Patah patah lidahku mengucapkan asmaMu,
meraih damai yang memancar
dari sembilan puluh sembilan nama
Mutak ada kematian,
selain kematian dengan
memegang teguh panji panjiMu,
Ruh ku masih menyebut asmaMu,
ketika jasad tak lagi mampu
menggerakkanrakaat rakaat panjang....
KeIkhLasaN

LafaZkan...

0 comments Published by fatin on Tuesday, February 3, 2009 at 10:17 PM

Mengenalimu adalah detik detik terindah dalam hidupku. Dalam diam ku sedari hati mula berubah rasa...Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari.Namun, disaat ku mula mencium wanginya bunga cinta, disaat itulah ku tahu kau telah dimiliki. Sewajarnya....aku tidak akan memburu cinta yang tak pasti.

Lantas disini ku memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun dimatamu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun ku nekad, CINTA tak semestinya bersatu! cukup sekadar ku memiliki hati lelaki mu dan izin ku buang segala rasa yang pernah membuatku bahagia.....

Aduhai...sampai bila mesti ku pendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah Ilahi untuk setiap insan...Lantaran itu, ucapkanlah sekali saja dan akan kusimpan di sepanjang hayatku...lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hatiku terus terluka...dan maafkan ku jua..kiranya terlewat menyambut salam kasihmu....
Posted by fatin

Aku haNya inSan biAsa

Di sebalik senyuman ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan aku begitu berhati hati. Bertahun ku cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu aku pernah mengemis kasih sayang...kini kasih tidak diperlukan lagi.

Cukuplah jiwa menderita dan zahir terseksa...Benarlah...perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini tiada mungkin esok ada. Tapi ku tahu perasaanku pada dia tidak akan sirna sampai bila bila. Bukan senang untuk aku jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam berapi di dada...Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...Sungguh...aku rindu pada mu. Tapi terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar aku sebenarnya melukai hati dan perasaan sendiri..

Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupku. Di saat aku baru mula belajar bertatih dugaan datang mewarnai hidupku...Aku yang tak ketahuan tiba tiba hilang belaian...kenapa aku disini??sedang aku masih punya kalian....itulah persoalan yang tidak pernah terjawab...Mohon maaf kalau kau tidak berkenan. Tapi aku mohon bacalah hingga akhir. Baru kemudian silakan kau tafsirkan, tapi ku mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Aku yang menginginkan dia untuk menjadi suamiku. Aku bukan siapa-siapa. Aku hanya manusia biasa. Buat masa ini aku mempunyai pekerjaan.Tetapi aku tidak tahu apakah kemudiannya aku akan tetap bekerja yang pasti aku akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan rumahtangga dan anak-anakku kelak.Aku memang masih menyewa rumah. Dan aku tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, aku akan tetap berusaha agar kami semua tidak kepanasan dan tidak kehujanan…terpenting..anak2ku tidak akan menghuni rumah anak yatim..Aku hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Dan aku menginginkan dia untuk mendampingiku. Untuk menutupi kelemahanku dan mengendalikan kelebihanku. Aku hanya manusia biasa. Cintaku juga biasa saja.Oleh kerana itu. Aku menginginkan dia supaya membantuku memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Aku tidak tahu apakah kami nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana aku tidak tahu suratan jodohku. Yang pasti aku akan berusaha sekuat tenaga menjadi istri dan ibu yang baik.Kenapa aku memilih dia? Sampai saat ini aku tidak tahu kenapa aku memilih dia. Aku sudah solat istiqarah berkali-kali, dan aku semakin mantap memilih dia. Dan aku berharap dia pun akan memohon petunjuk sebelum segalanya menjadi terlambat…

Yang aku tahu, aku memilih dia kerana Allah. Aku ingin menikah untuk menyempurnakan agamaku, juga sunnah Rasulullah. Aku tidak berani menjanjikan apa-apa, aku hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini."Kenapa ku memilih dia......?""Mungkin juga kerana dia manusia biasa....... "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya"Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku..""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan kecewa kalau suatu masa nanti dia jadi miskin kerana aku….”
Posted by fatin

KelEbihAn meMbaCA Al-QurAn

0 comments Published by fatin on Monday, February 9, 2009 at 1:23 AM

Orang yang selalu membaca al-Quran semata mata kerana Allah diberikan kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang membaca al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.Hadis dari Rasulullah yang bermaksud :"Dari Muaz al-Juhaini telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.

" Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaranya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada berada di dalam rumah rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan denganya...Al-Quran juga dapat memberi syafaat(pertolongan) yang paling tinggi disisi Allah S.W.T di hari kiamat. Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Dari Sa'id salim Mursal telah berkata Rasulullah s.a.w.

"Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."berkata lagi :Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."Dari 'Ata' bin Abi Rabah berkata" sesiapa yang membaca surat Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi...

Dari Abi Mas'ud r.a berkata, "sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap tiap malam..kebuluran/kepapaan tidak akan menimpanya."Selain daripada pahala yang di sebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:1. Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi tiap tiap satu huruf seratus kebjikan2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap satu huruf sepuluh kebajikan...Renung2kan....ahak!
Posted by fatin

teRsentUh jUA haTi pErempUAnku

0 comments Published by fatin on Thursday, February 12, 2009 at 1:36 AM

Ehemm!......kadangkala perasaan rindu buat aku hilang akal..hilang pertimbangan dan hilang pendirian....dan di hujung sana kau akan ketawakan aku.....itu lah aku dan itulah engkau.....betapa berbezanya kita berdua.

Assalamualaikum...itulah salam akhir yang aku dengar. Saat baru ingin ku lelapkan mata. Kau panggilku "sayang"...Luluh jiwaku mendengar " Sayang abang dah nak kahwin" lidahku kelu tiba-tiba. Terhenti degupan jantung. "abangg.." aku gugup dalam keterasingan. Tersekat suaraku mengeluarkan patah patah perkataan. Mengapa kau begitu tegamak mengujiku demikian hebat.

"Sayang...kali ini kalau abang tak dapat kahwin dengan sayang...abang akan membujang sampai bila-bila. Abang terlalu sayangkan sayang. Tidak akan ada orang yang boleh mencuri hati abang dari sayang". "Betul ker?" Aku sengaja mengusik. "Yer sayang...sayang terlalu baik untuk abang dan sayang bawa sinar dalam hidup abang yang dulu tanpa haluan" Ku renung ke dalam matamu yang bening. Kita bersatu dalam pandangan yang shahdu. Lantas hati kecilku berikrar..."Kau lah yang satu...yang pertama datang dalam hidupku. Yang pertama menggetarkan jiwaku.

Bercucuran airmataku membasahi pipi. Aku masih memegang telefon bimbit. Suaramu entah ke mana....dan aku masih bingung. Bermimpikah aku?? Ya Allah!! lantas aku berwuduk memohon di beri kekuatan jiwa. Amin...

Aku ingat lagi...Oktober yang tragis. Saat seluruh umat islam ingin merayakan Aidul Fitri. Itulah hadiah yang kau bagi. Setelah kesabaran ku menanti. Semenjak kepulanganmu dari Beijing aku mula terasa dengan berbagai alasan yang kau beri. Tercipta satu demi satu. Pertemuan yang kau elak rupanya tak berkesudahan...aku akur pada kesibukkan kau dalam tugas. Tapi bagilah jawapan yang pasti....

Menyusul Ramadhan...kau semakin hijrah. Lupakah kau pada aku yang pernah kau panggil sayang...terakhir aku rendahkan mertabatku dengan menghubungimu...tapi sikap mu buat aku terasa tidak diperlukan. Di sepanjang Ramadhan yang mulia aku berdoa penuh sendu. Rindu yang semakin membara terperuk menjadi parah. Rinduku terlerai bila kau hubungi aku untuk memaklumi yang kau akan bertolak ke Bangkok. Sekali lagi aku gundah. Aku mohon satu pertemuan sebelum kau berangkat. Tapi katamu kau terlalu mengejar masa dan aku terpaksa akur kerana Hari Raya bakal tiba.

Tiada lagi indah senyumku. Hari hariku adalah duka yang bertandang. Sesekali rindu menjengah air mata menjadi teman. Bas malam membawaku lari dari kota. Kemelut jiwa hanya tuhan yang tahu. Dimanakah kau kekasih? Walau dimana kau berada tika ini...kenanglah aku sejenak kerana aku teramat rindukan kau. Aduhaiii....

"Salam..."! aku tersentak, rupanya aku mengalamun jauh. Tak sedar aku menangis lagi untuk sekian kalinya. Apakah benar cinta hanya akan hadir sekali. Kalau tidak mengapa hatiku mati untuk insan yang kini mengetuk mengucap assalamualaikum cinta. Maafkan aku teman, aku tak mampu menadah cintamu kerana hatiku cuma satu, dan yang satu itu telah dibawa pergi oleh insan yang begelar "Zulhelmy".....

Padamu kekasih...andai kau perlukan aku, carilah aku dalam hatimu, walau bukan pada takhta yang istimewa tapi pasti akan ada. Percayalah.....

Hampir Dirogol (Kisah benar dr US)

0 comments Published by fatin on Sunday, March 8, 2009 at 11:56 PM

Sebuah kisah benar menarik yang ingin saya kongsikan bersama pembaca. Semoga sedikit sebanyak dapat di ambil ikhtibar dan pengajaran…
Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Mengapa orang Yahudi bijak...

0 comments Published by fatin on at 12:27 AM

Tak tahu ler… kalau nak tahu bacalah artikel di bawah…

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1?2 perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Renungan....

0 comments Published by fatin on at 12:56 AM

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM. Mandi wajib yg betul Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir. Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur. Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukanny mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. "Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."
Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan. "Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.

Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.
Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi.. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan. "Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh. "Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah. "Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut.
Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut." "tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam. Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah). "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. "Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh.

" * Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a. * Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. * Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN * Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur. * Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. * Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan.

Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Subject: FW: Rahsia 13 Assalamua'laikum wr wb........ ... Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,Rasulullah

S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!" Wassalam."Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Posted by fatin

YaNg SeLalU tp ntah tau ker taK...

0 comments Published by fatin on Monday, March 9, 2009 at 2:47 AM

Yang selalu kita baca tapi ada diantara bacaan kita baca tapi tak tahu maknanye…..

Assalamualaikum, Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari............... untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.

Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Posted by fatin

suami isteri dan...(...msti bace tau!!)

0 comments Published by fatin on at 1:11 AM

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhandipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,danfikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yangisterimu sentiasa curi2 membuka wallet unt!uk mengecek ' Ada duitkah suamiku?'

TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi binikau ' kau ada duit ke?' sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinyanafkah?Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun daritidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantasterus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahisuaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihanTAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentutlagi..Cissss! !Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, binikau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagitulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingatbini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumuapa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah 'Handsome tak lakiaku bila pakai baju ni?'Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilahdia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidurpeluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapandapat 'apa-apa'), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakatcoklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidurtu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki diatak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...INI YANG BEST NISatu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kataSAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebabitulahdiaorang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...diaorang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargaikereta korang, PS2 korang dan lain-lainOrang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang oranglain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapamesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia,kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita takdapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuanyg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki taksoleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telahdikurniakan.Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuanyg baik...???Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN darilangit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perluhidup dgn sendiri...Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alamperkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ...
Posted by fatin

SebUah cAtatan...

0 comments Published by fatin on Tuesday, March 10, 2009 at 1:27 AM

SYAITAN DAN HIDUNG Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim) Malah ada orang jatuh cinta keranaterpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing)

.Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"
Posted by fatin

Bermesra, berpahala dan menghapus dosa

0 comments Published by fatin on at 9:55 PM
Kemesraan hubungan antara suami isteri tentunya merupakan dambaan setiap keluarga. Kemesraan bukan hanya ada pada ketika suami isteri melakukan hubungan seks ( jima’ ) sahaja, akan tetapi ada banyak perkara yang dapat menjadikan hubungan suami isteri mesra dan harmoni.

”Perkara ini terkadang tidak disedari, sehingga jarang dilakukan secara sedar untuk menjaga kemesraan tersebut. Padahal bila dilakukan dengan niat yang benar akan dapat menambah kemesraan, mendapat pahala dan sekaligus dapat menghapus dosa-dosa.Kita sebagai muslim patut bersyukur, kerana Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik kita telah memberikan petunjuk yang lengkap termasuk dalam perkara menjaga kemesraan hubungan suami isteri.

Dengan demikian kita tidak perlu mencari-cari sumber lain yang terkadang justeru menjerumuskan ke dalam perkara-perkara yang melanggar syari’at. Beberapa perkara yang dituntunkan Rasulullah SAW dalam menjaga kemesraan hubungan suami isteri antara lain :a. Bergandingan TanganBergandingan tangan ( saling memegang tangan ) kelihatannya merupakan perkara remeh yang kadang dilupakan oleh pasangan suami isteri. Padahal bila ini dilakukan dengan lemah lembut dan perasaan kasih sayang yang mendalam, merupakan satu perkara yang dapat menjadikan suasana semakin mesra bagi pasangan tersebut.Ini amat bermanfaat jika sebelumnya ada perkara-perkara yang kurang menyenangkan, sehingga untuk membicarakannya perlu suasana yang tenang dan penuh kasih sayang.Yang lebih penting lagi, bila dilakukan dengan niat untuk mencari keredhaan Allah, ketika seorang suami memegang tangan isterinya dengan penuh kasih sayang, dosa-dosa mereka akan keluar melalui celah-celah jari tangan mereka, seperti yang diriwayatkan dalam hadith dari Abu Sa’id.Mari kita renungkan sejenak :” Sungguh apabila seorang suami memandang isterinya ( dengan rasa kasih sayang ) dan isterinya juga memandang suaminya ( dengan rasa kasih sayang ), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah-celah jari mereka. ”

b. MembelaiPerkara yang kedua yang dicontohkan Rasulullah SAW, yang menambah kemesraan hubungan suami isteri adalah membelai. Dengan belaian yang lembut penuh kasih sayang dari suaminya, seorang isteri akan merasakan ketenangan batin, sehingga perkara ini dapat menjadikan dia semakin sayang kepada suaminya. Perkara ini dilakukan Rasulullah SAW kepada para isterinya, sekalipun beliau belum akan mencampurinya. Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadith dari sahabat : ” Rasulullah SAW biasa setiap hari tidak melupakan untuk mengunjungi kami ( para isterinya ) seorang demi seorang. Beliau menghampirinya dan membelainya, sekalipun tidak mencampurinya, sehingga sampai ke tempat isteri yang tiba gilirannya, lalu bermalam disitu. ”HR. Abu DawudPerkara ini kadang tidak dilakukan oleh pasangan suami isteri, kerana mungkin dinilai memperlakukan isteri seperti kanak-kanak, atau memang belum mengetahui bahawa perkara ini sebenarnya diperlukan isteri untuk menunjukkan kasih sayangnya.

c. MenciumAda cara lain untuk menciptakan suasana kemesraan suami isteri yang juga dicontohkan Rasulullah SAW, diantaranya adalah beliau mencium isterinya sekalipun ia sedang berpuasa. Berciuman merupakan cara sederhana dan mudah dilakukan untuk tetap menjaga kemesraan suami isteri.Berciuman tidak hanya dilakukan ketika akan melakukan hubungan seksual. Perkara ini baik juga dilakukan pada saat terlarang untuk berhubungan seksual. Mithalnya ketika sedang berpuasa dan saat isteri sedang haid atau nifas. Pada saat-saat itu kemesraan tetap harus dijaga. Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam kitab shahihnya : Dari Umar bin Abu Salamah, sungguh ia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW : ” Apakah seorang yang berpuasa boleh mencium?”Beliau menjawab : Tanyakan kepada orang ini ( maksudnya Ummu Salamah ) .Lalu ( Ummu Salamah ) memberitahukan bahawa Rasulullah sering berbuat begitu. ”HR. MuslimDalam beberapa riwayat lain juga dijelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah mencium isterinya setelah beliau berwudhu sebelum menjalankan sholat.

d. Tidur SeranjangJika suami isteri tidur seranjang, tentunya lebih banyak perkara yang dilakukan dalam bermesraan. Dengan tidur satu ranjang memungkinkan mereka saling berdakapan dan berpelukan. Perkara ini menjadikan keduanya merasa tenteram dan tenang. Perkara ini juga dapat menjadi wacana hiburan atau penyegaran setelah melakukan tugas rutin sehari-harian.Mengingatkan pentingnya tidur seranjang ini, maka Rasulullah SAW mencontohkan bahawa, beliau tetap tidur seranjang dengan isterinya sekalipun isterinya sedang haidh, seperti diceritakan pada sebuah hadith : Dari Aisyah RA, ujarnya : ” Rasulullah SAW dahulu biasa menyuruh kami berkain, lalu beliau sentuhkan dirinya padaku, padahal saya sedang haidh. ”HR. Bukhari dan MuslimSebaliknya seorang isteri yang tidak bersedia tidur seranjang akan mendapat laknat malaikat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hadith berikut : Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : ” Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Jika seorang isteri semalaman tidur memisahkan diri dengan suaminya, maka malaikat melaknatnya hingga subuh. ”HR. Bukharie. Mandi BersamaMandi bersama juga merupakan perkara penting untuk menjaga kemesraan suami isteri.

Mandi bersama dapat menjadikan hiburan yang menyenangkan sekaligus menyegarkan. Rasulullah SAW sebagai tauladan kita juga mencontohkan mandi bersama isterinya, sebagaimana diriwayatkan pada hadith berikut : Dari Aisyah RA, ia berkata : “Aku biasa mandi bersama Rasulullah SAW dalam satu tempat mandi. Antara tanganku dan tangan beliau saling bergantian mengambil air, tetapi beliau mendahului aku, sehingga aku berkata : ‘ Sisakan untukku, sisakan untukku ‘. Ketika itu kami sedang junub. ”HR. Bukhari dan MuslimDi samping sebagai perantaraan menambah kemesraan hubungan suami isteri, seorang isteri yang memandikan suaminya dengan niat mencari redha Allah akan mendapatkan rahmat. Perkara ini dijelaskan pada hadith berikut : Dari Aisyah RA, ia berkata : ” Rasulullah SAW pernah bersabda : ” Semuga Allah merahmati suami yang dimandikan isterinya dan ditutup ( kekurangan ) akhlaknya. ”HR. BaihaqiItulah beberapa perkara yang dapat kita lakukan untuk menambah kemesraan hubungan suami isteri sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW, dengan harapan kita mendapat pahala dan sekaligus dosa-dosa kita diampuni.
Posted by fatin

khas untuk para istri...

0 comments Published by fatin on Wednesday, March 18, 2009 at 10:04 PM

Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri.Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri.

Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”.Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan..

hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnya bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi….Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita…sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya.. Kerna itu.. seboleh2nya..jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh,hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua suami inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknya…

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri.Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasarnya bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dia lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu…

tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan.Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannya berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi…suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan….

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami.Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada”pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan. Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…

dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan.Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.
Posted by fatin

mungkinkah terjadi..

0 comments Published by fatin on Saturday, March 28, 2009 at 8:54 AM

Ku ulang lagi mendengar lagu itu...satu dua dan entah beberapa kali lagi...akhirnya aku tewas jua..Melihat diri indah dibalek cermin...ku intai segala kekurangan,dan jawapannya masih kosong...sekosong hatiku...Milik siap diriku ini..milik siapa hatimu lelakiku...hingga ku tak mampu menawanmu lagi.

Aku tidak cemburu pada waktu lalumu, kerana aku amat mengerti dan aku sendiri memiliki jutaan kenangan untuk ku kongsi bersamamu kelak.Tapi mungkinkah ianya terjadi???Herm!tiap kali aku berbicara...penuh harapan yang menggunung, namun aku tetap insan biasa yang kalah dengan permainan emosi. Ada waktu kekuatan melebihi kemampuan seorang insan...adakala aku hilang pedoman....aduhai!!

Tapi mugkinkah terjadi antara kita atau hanya sekadar angin lalu, atau kau sekadar mengisi malammu dengan bermimpi indah..atau mungkin aku yang tersilap tafsiran tentang kita....Yeah! ku redha pada aper yang tertulis buatku. Satu dan satu memberiku pengajaran. Mungkin tiada pelangi untukku tapi cukup sekadar kelip kelip malam. Aku bahagia begini...
Posted by fatin

Tuesday, August 25, 2009

untuk mu hawa...

0 comments Published by fatin on Sunday, April 26, 2009 at 10:00 PM

Hawa,Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu?Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.


Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.Hawa,Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.Hawa,Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka.

Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.

Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.
Posted by fatin