0 comments Published by fatin on Thursday, February 12, 2009 at 1:36 AM
Ehemm!......kadangkala perasaan rindu buat aku hilang akal..hilang pertimbangan dan hilang pendirian....dan di hujung sana kau akan ketawakan aku.....itu lah aku dan itulah engkau.....betapa berbezanya kita berdua.
Assalamualaikum...itulah salam akhir yang aku dengar. Saat baru ingin ku lelapkan mata. Kau panggilku "sayang"...Luluh jiwaku mendengar " Sayang abang dah nak kahwin" lidahku kelu tiba-tiba. Terhenti degupan jantung. "abangg.." aku gugup dalam keterasingan. Tersekat suaraku mengeluarkan patah patah perkataan. Mengapa kau begitu tegamak mengujiku demikian hebat.
"Sayang...kali ini kalau abang tak dapat kahwin dengan sayang...abang akan membujang sampai bila-bila. Abang terlalu sayangkan sayang. Tidak akan ada orang yang boleh mencuri hati abang dari sayang". "Betul ker?" Aku sengaja mengusik. "Yer sayang...sayang terlalu baik untuk abang dan sayang bawa sinar dalam hidup abang yang dulu tanpa haluan" Ku renung ke dalam matamu yang bening. Kita bersatu dalam pandangan yang shahdu. Lantas hati kecilku berikrar..."Kau lah yang satu...yang pertama datang dalam hidupku. Yang pertama menggetarkan jiwaku.
Bercucuran airmataku membasahi pipi. Aku masih memegang telefon bimbit. Suaramu entah ke mana....dan aku masih bingung. Bermimpikah aku?? Ya Allah!! lantas aku berwuduk memohon di beri kekuatan jiwa. Amin...
Aku ingat lagi...Oktober yang tragis. Saat seluruh umat islam ingin merayakan Aidul Fitri. Itulah hadiah yang kau bagi. Setelah kesabaran ku menanti. Semenjak kepulanganmu dari Beijing aku mula terasa dengan berbagai alasan yang kau beri. Tercipta satu demi satu. Pertemuan yang kau elak rupanya tak berkesudahan...aku akur pada kesibukkan kau dalam tugas. Tapi bagilah jawapan yang pasti....
Menyusul Ramadhan...kau semakin hijrah. Lupakah kau pada aku yang pernah kau panggil sayang...terakhir aku rendahkan mertabatku dengan menghubungimu...tapi sikap mu buat aku terasa tidak diperlukan. Di sepanjang Ramadhan yang mulia aku berdoa penuh sendu. Rindu yang semakin membara terperuk menjadi parah. Rinduku terlerai bila kau hubungi aku untuk memaklumi yang kau akan bertolak ke Bangkok. Sekali lagi aku gundah. Aku mohon satu pertemuan sebelum kau berangkat. Tapi katamu kau terlalu mengejar masa dan aku terpaksa akur kerana Hari Raya bakal tiba.
Tiada lagi indah senyumku. Hari hariku adalah duka yang bertandang. Sesekali rindu menjengah air mata menjadi teman. Bas malam membawaku lari dari kota. Kemelut jiwa hanya tuhan yang tahu. Dimanakah kau kekasih? Walau dimana kau berada tika ini...kenanglah aku sejenak kerana aku teramat rindukan kau. Aduhaiii....
"Salam..."! aku tersentak, rupanya aku mengalamun jauh. Tak sedar aku menangis lagi untuk sekian kalinya. Apakah benar cinta hanya akan hadir sekali. Kalau tidak mengapa hatiku mati untuk insan yang kini mengetuk mengucap assalamualaikum cinta. Maafkan aku teman, aku tak mampu menadah cintamu kerana hatiku cuma satu, dan yang satu itu telah dibawa pergi oleh insan yang begelar "Zulhelmy".....
Padamu kekasih...andai kau perlukan aku, carilah aku dalam hatimu, walau bukan pada takhta yang istimewa tapi pasti akan ada. Percayalah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment