0 comments Published by fatin on Monday, February 9, 2009 at 1:23 AM
Orang yang selalu membaca al-Quran semata mata kerana Allah diberikan kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang membaca al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibu bapanya.Hadis dari Rasulullah yang bermaksud :"Dari Muaz al-Juhaini telah berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w.
" Sesiapa yang membaca al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaranya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada berada di dalam rumah rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan denganya...Al-Quran juga dapat memberi syafaat(pertolongan) yang paling tinggi disisi Allah S.W.T di hari kiamat. Ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :"Dari Sa'id salim Mursal telah berkata Rasulullah s.a.w.
"Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya."berkata lagi :Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."Dari 'Ata' bin Abi Rabah berkata" sesiapa yang membaca surat Yasin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi...
Dari Abi Mas'ud r.a berkata, "sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap tiap malam..kebuluran/kepapaan tidak akan menimpanya."Selain daripada pahala yang di sebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:1. Pahala membaca al-Quran dalam solat bagi tiap tiap satu huruf seratus kebjikan2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi setiap satu huruf sepuluh kebajikan...Renung2kan....ahak!
Posted by fatin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment