Semua orang pernah bermimpi, sama ada mainan tidur atau pesanan yang di sampaikan dari minda bawah sedar ke minda sedar. Di bawah adalah beberapa fakta ringkas mengenai mimpi. Di antaranya:
Orang buta pun bermimpi
Mereka yang di lahirkan buta bermimpi, bezanya cuma mereka tidak melihat gambaran, cuma melalui deria sentuhan, bau, bunyi dan emosi.
90% manusia lupa mengenai mimpi mereka
Dalam masa 5 minit selepas bangun tidur, 50% akan lupa akan mimpi dan dalam masa 10 minit 90% dari kita akan lupa sepenuhnya. Mimpi adalah salah satu cara minda bawah sedar menyampaikan maklumat ke minda sedar.
Semua manusia bermimpi
Boleh di katakan setiap manusia bermimpi kecuali mereka yang mengalami masalah psikologi dan wanita dan lelaki mengalami mimpi yg berbeza.
Kita hanya mimpi mengenai apa yang di ketahui dan alami
Mimpi adalah simbolik
Pesanan yang di sampaikan di dalam mimpi adalah berbentuk simbolik. Maksudnya maklumat yang hendak di sampaikan biasanya perlu di tafsirkan.
Mimpi hitam putih
Kajian menunjukkan 12% mimpi yang di alami manusia adalah dalam hitam putih dan selebihnya dalam warna.
Faktor luaran mempengaruhi mimpi
Jika anda tidur berdengkur anda tidak bermimpi
No comments:
Post a Comment